FAQ

Adakah harga yang diberikan berdasarkan events atau bilangan hari atau bilangan album?
Jawapan: Harga yang diberikan ialah berdasarkan bilangan 1 album dengan 2 events dengan maksimum jam bagi events seterusnya ialah 10 jam.

Kenapa perlu bayar deposit?
Kami menjual perkhidmatan bukannya menjual produk. Perkhidmatan dibayar secara berperingkat sepertimana dipersetujui dengan pelanggan.

Adakah harga yang diberikan tetap atau berubah-ubah?
Harga yang diberikan di dalam blog adalah tidak termasuk kos pengangkutan. Harga yang diberikan adalah muktamad melalui persetujuan dengan client, quotation rasmi dikeluarkan dan pembayaran pertama diselesaikan oleh pelanggan.

Saya nak tengokk gambar-gambar dan video-video yang diambil oleh HEYA STUDIOS. Kat mana boleh tengok?
HEYA STUDIOS tidak memaparkan keseluruhan gambar pelanggan-pelanggan kami. Untuk melihat hasil kerja, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi HEYA STUDIOS melalui link yang diberikan.

Adakah harga yang diberikan muktamad?
Harga yang diberikan hanya harga pakej dan ianya tetap. Tiada kos tersembuny. Ia tak termasuk kos pengangkutan yang mana bergantung pada lokasi.

Bagaiamana nak tengok pruf sebelum final payment
Pelanggan akan diberikan link untuk tengok pruf. Apa yang dipaparkan di pruf itulah yang akan dicetak pada album.

Boleh ke saya tarik balik permohonan dan adakah saya boleh dapat bayaran pendahuluan semula?
Sebarang permohonan mestilah disertakan dengan wang pendahuluan iaitu 10% sbg tanda jadi (booking fees). Money Back Guarantee ialah dalam tempoh masa 14 hari sebelum event berlangsung. Jika pembatalan dibuat pada hari ke 13 sebelum events maka duit booking pelanggan tidak akan dipulangkan.Ini bagi memastikan tempahan yang dibuat oleh pelanggan adalah tulen.

Bolehkah pelanggan membuat add on terhadap pakej? Sebagai contoh kalau nak print canvas dan nak nak thumb drive berbanding menggunakan DVD atau CD?
Permintaan pelanggan sentiasa kami utamakan. Jika berlaku perubahan, maka quotation baru akan dikeluarkan. Ini bagi menjaga kualiti perkhidmatan yang kami sediakan. Harga adalah berdasarkan quotation terkini.

Tempahan lewat (last minutes booking)
Tempahan anda tidak terikat dengan kami sekiranya duit booking BELUM lagi dibayar. Tempahan lewat dibolehkan jika jadual kami tidak penuh. Tetapi perlu diingatkan, jika berlaku pembatalan, duit booking tidak akan dipulangkan.

Adakah pakej HEYA STUDIOS mahal?
Harga kami adalah mengikut standard harga fotographer yang lain. Yang membezakan harga ialah harga album dan finishing nya. Client dinasihatkan mendapatkan pandangan terlebih dahulu kerana ada client yg suka album kertas keras (hard cover) dan ada yang suka silk paper atau matte paper. Kami guna album yang terbaik sahaja yang mana percetakan di kilang percetakan mencecah 1,000 buku seminggu. Anda mungkin dpt mengagak kenapa kualiti percetakan adalah perkara yang paling kami titik beratkan.

Siapa yang akan edit gambar-gambar ni dan berapa lama boleh siap?
HEYA STUDIOS akan membuat editing. Untuk memastikan debaran pelanggan dapat diatasi, jaminan 10 keping gambar akan diupload ke dalam blog atau Facebook page kurang dari 3 hari bekerja. Untuk album, ianya akan diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh masa 21 hari bekerja.

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami

HEYA STUDIOS – Photography & Videography
blog: heyastudios.blogspot.com
FB: facebook.com/HeyaStudios
e-mail: heyastudios@gmail.com
Tel: 017-6960709

No comments:

Post a Comment